MENU

Satu Kejohanan Catur Tertutup Majlis Perbandaran Kajang 2024 telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan bersama Jabatan Perancangan Pembangunan pada Sabtu, 13 Januari 2024. Kejohanan bertujuan mencari bakat baru disamping mengeratkan hubungan antara kakitangan Majlis Perbandaran Kajang.

Kejohanan yang bermula jam 9.00 pagi dengan format _swiss system_ 6 pusingan. Pemenang kejohanan Norazzizie bin Kamari memenangi hadiah RM300 beserta sijil penyertaan. Manakala tempat kedua Mohd Zaki bin Yahya memenangi RM200, tempat ketiga Muhammad Khairul Hafizi bin Osman RM100, tempat ke empat dan kelima iaitu Mohammad Razif bin Rosli dan Hasnain bin Ismail masing2 membawa pulang RM50 beserta sijil penyertaan.

Hadiah pemenang2 disampaikan oleh Tuan TPr. Hj. Reduan bin Idris Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Perbandaran Kajang.

caturcatur