MENU

18 Januari 2024 - Yang Berhormat Tuan Adam Adli Bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia telah melakukan lawatan tidak rasmi keTaman Belia,Kampung Sungai Kantan dengan diiringi oleh YBrs.Tuan Nazli Bin Md Taib,Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang(MPKj),Tuan Mohd Fareez Bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta Timbalan Yang DiPertua MPKj serta Pengarah, Jabatan Landskap dan Rekreasi,Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj,Pengarah, Unit Pengurusan Fasiliti

MPKj serta Presiden, Persatuan Sukan Beroda Kebangsaan (MySkate).

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dan melawat fasiliti sukan papan selaju (skate board) sediada dan diantara yang tertua di negara ini di bawah penyeliaan dan pentadbiaran MPKj. Di dalam lawatan ini juga turut membincangkan projek menaiktaraf serta penyelenggaraan taman papan selaju sediaada.

Selain itu antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan program-program pembangunan atlit / pelapis muda bagi sukan papan selaju ini. Pelaksanaan projek baik pulih infra dan program pembangunan atlit khusus bagi sukan papan selaju ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci diantara pihak penggiat sukan papan selaju kajang, persatuan sukan beroda kebangsaan (Myskate) dan pihak berkuasa tempatan (MPKj).

Hasil perbincangan dan perancangan dari ketiga entiti ini, akan dibawa ke peringkat Kementerian Belia dan Sukan.

sg kantan