MENU

Tarikh : 28 Februari 2024 (RABU)
Masa : 5.30 Pm - 9.00 Pm
Lokasi :Pasar Malam Taman Damai Perdana, Balakong.

Pameran ini diadakan, bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat sekitar berkenaan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan wabak penyakit demam denggi.

Pengunjung juga diberi tunjuk ajar cara-cara pencegahan awal penyebaran wabak demam denggi. Salah satunya dengan cara menggunakan _repellent_ (penghalau nyamuk) dan ubat jentik-jentik dengan betul.

Pengunjung juga diberikan _repellent_ dan abate sebagai kit pengenalan pencegahan wabak demam denggi yang masih tidak terkawal di sebahagian kawasan di bawah Pentadbiran MPKj.

denggi