MENU

Tarikh: 6 Mac 2024 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat: Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian

Seminar Kepenggunaan Anjuran Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPKj (JPL) telah dilaksanakan dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dan Kos Sara Hidup(KPDN), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hijrah Selangor (Hijrah), Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (PKDHL), Teraju Ekonomi Negeri Selangor (TERAS), PERKESO dan Mega Klinik Az-Zaharan yang telah turut serta dalam seminar ini.

Taklimat juga telah disampaikan oleh pihak JPL, KPDN,JAIS,PKD dan PERKESO berkaitan pengurusan bazar ramadhan dan buffet ramadhan kepada tetamu yang hadir iaitu dari kalangan penganjur bazar ramadhan, peniaga, pengusaha restoran dan pengusaha hotel yang hadir pada hari ini.

Sesi penyerahan sijil bebas beg plastik kepada 99 Speedmart dan Eco Shop Mart serta penyerahan sijil pencarum kempen bebas beg plastik kepada Parkson Corporation, Secret Recipe Cake & Cafe dan 7Eleven telah diserahkan oleh YBrs. Tuan Yang Dipertua MPKj.

Perasmian penutup program ini juga telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.

Jamuan makan tengah hari juga telah disediakan kepada semua tetamu dan agensi yang hadir pada hari ini.

seminar pengguna