MENU

22hb April 2024 - Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2023 bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya.

Majlis telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Seramai 89 orang pegawai dan kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2023 diatas pencapaian prestasi mereka pada tahun tersebut manakala seramai 7 orang pesara turut diraikan.

Turut hadir Tuan Yang Dipertua MPKj, YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Tuan Timbalan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah Jabatan serta hampir 200 tetamu turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga dengan kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua warga MPKj dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam memacu MPKj ke arah Bandaraya Berdaya Huni Menjana Ekonomi.

apc 2023