MENU

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak COB Majlis Perbandaran Kajang akan mengadakan satu Pertandingan Pengurusan Bangunan Berstrata Terbaik 2022 sempena Sambutan Jubli Perak ke-25 Tahun Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan penganjuran pertandingan ini adalah seperti berikut:-

  • Menilai tahap pengurusan bangunan yang ditadbir urus oleh pihak JMB / MC / Ejen Pengurusan / Pemaju
  • Memastikan tahap kecekapan dalam mengurus aduan-aduan yang timbul di skim strata berdasarkan peruntukan Akta 757
  • Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan
  • Memastikan penyenggaraan bangunan dijalankan mengikut spesifikasi, jadual dan tatacara yang teratur supaya komponen bangunan berfungsi dengan baik

Sehubungan itu,  pihak jabatan mengalu-alukan penyertaan daripada pihak JMB / MC / Ejen Pengurusan / Pemaju untuk menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2022. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kami di talian 03-87368375 atau emel cobmpkjofficial [at] gmail [dot] com

 .

BORANG PENYERTAAN