MENU

ENAKMEN MENGAWAL LEMBU KERBAU
Enakmen ini digubal untuk mengawal binatang yang tergolong dalam tafsiran kerbau lembu dalam kawasan pentadbiran Majlis daripada berada dalam kawasan larangan, tindakan penguatkuasaan dan pihak berkuasa berkenaan yang dipertanggungjawab bagi menangani isu ini.

ENAKMEN HIBURAN & TEMPAT HIBURAN 1995
Enakmen ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan hiburan di dalam kawasan Majlis. Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah enakmen ini juga penentuan syarat bagi aktiviti dan lesen hiburan tersebut.