MENU

UNDANG - UNDANG KECIL YANG DIGUNAPAKAI OLEH MAJLIS PERBANDARAN KAJANG :

UNDANG-UNDANG KECIL PUSAT KECANTIKAN DAN PENJAGAAN KESIHATAN (MPKj)2013
UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan dalam kawasan Majlis. Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.

UNDANG-UNDANG KECIL PUSAT SUKAN PERSENDIRIAN (MPKj)2013
UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat sukan persendirian dalam kawasan Majlis. Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.

UNDANG-UNDANG KECIL KOLAM RENANG (MPKj)2013
UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan kolam renang dalam kawasan Majlis termasuk kolam renang awam dan kolam renang persendirian. Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.

UNDANG-UNDANG KECIL HOTEL (MPKj)2013
UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan hotel dalam kawasan Majlis. Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.

UNDANG-UNDANG KECIL PENJAJA (MPKj) 2007
UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti di bawah tafsiran penjaja dalam kawasan Majlis termasuk penjaja statik, penjaja beredar dan penjaja sementara. Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini juga penentuan syarat bagi aktiviti dan lesen penjaja tersebut.

UNDANG-UNDANG KECIL PEMUNGUTAN, PEMBUANGAN DAN PELUPUSAN SAMPAH SARAP (MPKj) 2007
UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pemungutan,pembuangan dan pelupusan sampah sarap dalam kawasan Majlis. Ia bertujuan untuk mengawal aktiviti pembuangan sampah sarap haram di tempat-tempat yang tidak dibenarkan disamping menjelaskan  tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.

UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN, TRED PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN (MPKj) 2007
UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pelesenan, tred perniagaan dan perindustrian dalam kawasan Majlis.  Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini juga penentuan syarat bagi sesuatu aktiviti yang akan dilesenkan di bawah undang-undang kecil ini.

UNDANG-UNDANG KECIL IKLAN (MPKj)2007
UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan iklan dan pemasangan iklan dalam kawasan Majlis. Ia bagi memastikan iklan yang dipamerkan atau pemasangan iklan yang dibuat adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan disamping menjelaskan  tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.

UNDANG-UNDANG KECIL IKLAN PILIHANRAYA (MPKj) 2007
UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan iklan pilihanraya dalam kawasan Majlis. Ia bagi memastikan semua iklan pilihanraya yang dipamerkan adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan samping menjelaskan  tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.

UNDANG-UNDANG KECIL KERJA TANAH (MPKj) 2007
UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan aktiviti kerja tanah dalam kawasan Majlis. Ia bagi memastikan semua kerja tanah yang dilakukan mempunyai permit kerja dan kelulusan disamping menjelaskan  tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.