MENU

TAMAN TEMA

1

Ostrich Wonderland

Bagi mereka yang berada di kawasan semenyih dan hulu langat rasanya agak jauh untuk membawa anak –anak ke zoo negara Jadi ada satu tempat menarik untuk anda luangkan masa berharga bersama keluarga dan rakan iaitu di Ostrich Wonderland Semenyih. Berkeluasan lebih 6 ekar anda dan keluarga boleh menerokai kehidupan alam semula jadi dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan yang mereka pelihara dikawasan tersebut terutama burung unta yang diimport dari afrika selatan yang menjadi tarikan utama Ostrich Wonderland Semenyih.

Terdapat pelbagai jenis haiwan yang diternak di kawasan ini, selain burung unta, terdapat juga kuda, kambing, arnab, merak dan beberapa jenis itik dan ayam dari pelbagai baka dan negara. Dengan bayaran masuk sebanyak RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak, anda akan diberikan beberapa jenis makanan haiwan dan boleh memberi makan pada haiwan disitu. Selain itu, Ostrich Wonderland Semenyih juga menjual pelbagai produk ladang seperti daging haiwan yang diternak termasuk daging burung unta dan juga buah-buahan dari tanaman yang ditanam disitu.

Terdapat restoran yang menjual masakan dari hasil ladang dan berbagai barangan kraftangan yang dijual termasuklah kraftangan berasaskan cengkerang dari telur burung unta juga boleh anda beli sebagai kenang-kenangan.