MENU

Bengkel Keusahawanan (How To Start A Business) Majlis Perbandaran Kajang telah diadakan pada 24hb. Ogos 2019 (Sabtu) dan bertempat di Bilik Seminar, Dewan Sri Cempaka Saujana Impian. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta persediaan dan keperluan sebelum berniaga, memilih bidang perniagaan, memahami pasaran, langkah permulaan dalam memilih perniagaan sebagai kerjaya.

Sebanyak 40 orang yang hadir sebagai peserta, penceramah dan urusetia  bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah ceramah, perbincangan, perkongsian dan pelan tindakan.

Diharapkan dengan adanya bengkel ini dapat menjadikan mereka usahawan yang berjaya dalam aspek pengurusan perniagaan, sumber, kemahiran dan kewangan syarikat serta peribadi.

keusahawanan