MENU

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan MPKj telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik Sumber Manusia Majlis Perbandaran Kajang 2019 - 2024 pada 18 - 19hb. September, 2019.  Seramai 30 orang kakitangan yang terdiri daripada Pengarah, Penolong Pengarah dan Ketua Unit setiap jabatan telah menghadiri bengkel ini.

Bengkel ini diadakan di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan dirasmikan  oleh Yang Dipertua, MPKj Y.Bhg. Dato’ Haji Rosli bin Othman DPMS. Bengkel disampaikan oleh Encik Sulaiman bin Husin dari Akademi PKNS Sdn. Bhd.

Objektif bengkel ini diadakan bagi membantu merancang Pelan Strategik Bahagian Sumber Manusia dengan mengambil kira keperluan jabatan di MPKj dalam tempoh 5 tahun kehadapan. Antara perbincangan yang diadakan ialah ciri – ciri pelan strategik yang berkesan, perancangan strategik, unjuran aktiviti 5 tahun, pembentukan struktur dan cadangan pemantauan pelan strategik.

Diharap dengan adanya bengkel ini, dapat membantu merancang Pelan Strategik Bahagian Sumber Manusia selaras dengan teras strategik Majlis Perbandaran Kajang.

pssm