MENU

Bengkel pengisian maklumat dalam sistem E-COB Siri 2 telah dijalankan pada 9 hingga 11 Mei 2023 bertempat di Bilik Latihan ICT, Metro Avenue, MPKj. Seramai 64 orang yang hadir mewakili 82 JMB/MC di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memastikan JMB/MC mengisi maklumat pengurusan ke dalam sistem E-COB termasuklah Laporan Pengurusan Kewangan selaras dengan kehendak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi semua JMB/MC di bawah PBT Selangor menggunakan sistem yang disediakan oleh LPHS tersebut.

JABATAN PESURUHJAYA BANGUNAN
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

ecob