MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Ceramah “Rasulullah S.A.W. Ikutan Sepanjang Zaman” pada 26hb. Februari, 2016.  Ceramah diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 135 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad.

Penceramah menerangkan tentang mulianya akhlak Rasulullah S.A.W. yang telah ditunjukkan oleh baginda samada melalui percakapan, perbuatan mahupun sikapnya. Baginda juga telah dijelaskan di dalam Al – Quran yang memberikan panduan kehidupan. Semuanya telah dipraktikkan oleh baginda rasul sepanjang hayatnya agar dicontohi oleh semua umat manusia.

Diharap dengan adanya ceramah ini dapat memberi teladan kepada semua penjawat awam dan membentuk sikap yang positif  serta membantu meningkatkan peribadi ke tahap yang lebih tinggi.

pic