MENU

Pada 13hb. April 2018,  Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Ceramah Sempena Sambutan Israk Mikraj di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Syed Shahridzan bin Syed Mohamed. Seramai 117 orang kakitangan dari pelbagai jabatan telah menghadiri ceramah ini.

Tujuan ceramah ini diadakan adalah sempena menghayati peristiwa dan impak Israk Mikraj dari aspek pembudayaan akidah yang cemerlang. Antaranya dari sudut psikologi pendidikan, sudut ekonomi, kepercayaan hal – hal ghaib dan lain – lain.

Semoga dengan adanya ceramah ini dapat memberi keinsafan dan pelajaran kepada peserta ceramah.

israkmikraj