MENU

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan program Fiesta Anak Muda MPKj 2016 pada 8 & 9 Oktober 2016 di Stadium Kajang. Majlis Perbandaran Kajang turut terpanggil menyahut seruan Hari Sukan Negara dengan menganjurkan Fiesta Anak Muda MPKj. Pelbagai pengisian diatur dengan mensasarkan golongan belia untuk turut serta.

Pelbagai aktiviti yang  dianjurkan antaranya adalah  Auto Show, Pocket Bike, Busking, Pertandingan Karaoke, Hot Wheel, Street Workout, PS4 dan Sukan Rakyat. Pengisian program ini merupakan aktiviti yang gemar dilakukan oleh golongan belia. MPKj mahu golongan belia menyertai aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi mengelak mereka ini terpengaruh dengan gejala-gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah jenayah dan lain-lain.

Fiesta ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang. Tuan YDP juga turut sama menyertai program Senamrobik pada malam perasmian tersebut.

Antara agensi yang turut serta dalam Fiesta Anak Muda MPKj 2016 ini adalah Balai Polis Kajang, JPAM, Bomba Selangor, RELA dan KW Motorsport.

fam