MENU

Karnival 3W (Wellness, Welfare & Women) Peringkat Majlis Perbandaran Kajang 2019 telah diadakan pada 26hb. Oktober 2019 (Sabtu) di Stadium Kajang. Karnival ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan Pemberdayaan Wanita dan Keluarga di peringkat Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan penganjuran karnival ini membantu serta memartabatkan kaum wanita dalam mencakupi segala aspek termasuklah sosial, ekonomi dan kekeluargaan. Ini dapat menggalakkan dan membudayakan amalan gaya hidup sihat secara berterusan bersama keluarga pada hujung minggu sambil menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Pihak yang terlibat sama ialah Dato’ Yang Dipertua,YB. Exco Tetap Kesihatan, Kebajikan Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, Ahli Majlis, pegawai-pegawai, kakitangan dan orang awam serta urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharapkan dengan penganjuran Karnival ini, masyarakat setempat terutamanya bersama keluarga pada waktu hujung minggu dengan pengisisan aktiviti yang berfaedah.

3w