MENU

Biro Sukan Bauhinia, Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Persahabatan Bauhinia, MPKj 2016 pada 27hb. Ogos, 2016.  Kejohanan ini diadakan di Wangsa Bowl, IOI Citymall, Putrajaya.  Seramai 48 peserta (12 kumpulan) daripada pelbagai agensi telah menghantar wakil untuk kejohanan ini iaitu PERKEP 1, PERKEP 2, PUSPANITA A, PUSPANITA B, MRCB, Eco World 1, Eco World 2, MKH dan MPKj.

Kejohanan ini dirasmikan oleh pengerusi Bauhinia iaitu Ir. Fadilah binti Razalli. Pemenang bagi kejohanan ini ialah - Johan dari kumpulan PUSPANITA B, Naib Johan kumpulan BAUHINIA 1, ketiga dari kumpulan PERKEP 1 dan keempat dari kumpulan BAUHINIA 2. Manakala balingan tertinggi dimenangi oleh Pn. Norsham dari PUSPANITA B, Naib Johan Pn. Zounidah dari PERKEP 1, tempat ketiga Pn. Salbiah dari PUSPANITA A dan tempat keempat Cik Norashikin dari BAUHINIA 1.

Objektif utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim, kerjasama dan semangat kesukanan, meningkatkan motivasi, daya saing dan semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Diharap dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat memberikan ruang untuk menjalankan aktiviti riadah agar kakitangan tidak terlalu dibebankan dengan tugas-tugas seharian di tempat kerja.

boling