MENU

Majlis Perbandaran Kajang kini berusaha mempromosikan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Daerah Hulu Langat bagi memberi peluang pengunjung datang beriadah. Sehubungan itu, satu program iaitu Kembara Hulu Langat 1.0 dijalankan pada 17 &18 Disember 2016. Program ini berjalan disekitar Hulu Langat, Semenyih dan Bangi.

Antara tujuan lain program ini dapat merapatkan hubungan antara MPKj dan pengamal media. Seramai 25 pengamal media dan blogger berpeluang  merasai produk pelancongan tersebut dalam program Kembara Hulu Langat 1.0 selama dua hari.

Program ini berkonsepkan kembara santai yang membawa peserta menikmati alam semula jadi dan juga aktiviti-aktiviti menarik di sekitar Hulu Langat. Bermula dengan hari Sabtu, peserta dibawa ke Kem Herba, mendaki ke Air Terjun Lepoh, Mengocak Ikan, Demonstrasi Batik, Sate dan Silat. Pada sebelah malam, peserta berpeluang menikmati hidangan Nasi Ambeng.

Pada hari kedua, peserta memulakan aktiviti mendaki Bukit Broga dan berpeluang menikmati permandangan matahari terbit. Selepas itu peserta dibawa melawat Pusat Rawatan As-Syifa di Universiti Kebangsaan Malaysia dan penutup di Taman Tema Bangi Wonderland. Secara keseluruhan para peserta seronok sepanjang dua hari aktiviti semasa program ini berjalan.

kembara