MENU

Program Konvoi Kereta Mini Sempena Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor telah disambut meriah oleh 8 PBT Selangor pada 14hb Ogos 2017 (Isnin) . Y.A.B Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Menteri Besar Selangor telah membuat  pelepasan rasmi Konvoi Kereta Mini dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang bermula di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor.

Majlis Perbandaran Kajang merupakan PBT ke 5 yang menyambut kedatangan konvoi 60 kereta mini klasik . MPKj menerima kunjungan  konvoi kereta mini tersebut di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dengan dihadiri seramai 200 pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Kajang. Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Mohd Sayuthi Bin Bakar telah menandatangani Mock Merdeka 8 PBT Negeri Selangor sebagai tanda sokongan Kempen Kibar Jalur Gemilang 60 Tahun Kemerdekaan Negara Malaysia.

Ketua Kontinjen Konvoi Kereta Mini, Tuan Zain Iskandar mewakili Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengucapkan ribuan terima kasih dan berbangga dengan sambutan yang dibuat oleh 8 PBT di Selangor. Seramai 120 peserta konvoi kereta mini ini telah dirai dengan kibaran bendera jalur gemilang dengan nyanyian lagu Negaraku dan Merdeka. Majlis Perbandaran Kajang juga mengucapkan tahniah kepada para peserta Konvoi Kereta Mini yang berjaya membawa mesej dan kempen kemerdekaan Malaysia di Peringkat Negeri Selangor.

konvoi