MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan dan Jabatan Korporat Dan Pembangunan Masyarakat MPKj. telah menganjurkan Kursus Audit 5S pada 15 - 16hb. Mei, 2018.  Kursus diadakan di Acappella Suits Hotel Shah Alam dan dihadiri seramai 30 orang kakitangan MPKj yang telah mewakili jabatan masing - masing. Kursus disampaikan oleh Encik Syed Al-Khalez bin Syed Azam dan Encik Mohd Lizuan bin Abd Latif.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memantapkan tugas Ketua Audit dan menambahbaikan amalan 5S di jabatan masing – masing. Antara yang dibincangkan ialah Pemahaman Kriteria Audit 5S, Keperluan Pelaksanaan Audit Amalan 5S, Skop Audit Dalaman dan Pembentangan Kriteria Audit Berdasarkan Amalan 5S.
 
Diharap dengan adanya kursus ini dapat memberi input dan pengetahuan serta mengaplikasikannya di tempat kerja.

5s