MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan Kursus Pemakaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) – Aset Infrastruktur (MPSAS 17) pada 23 - 24hb. Oktober, 2019.  Kursus diadakan di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands dan dihadiri seramai 29 orang kakitangan dari Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Perancangan Dan Pembangunan, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Jabatan Landskap Dan Rekreasi, Jabatan Undang – Undang dan Bahagian Bekalan Dan Perolehan.

Kursus disampaikan oleh Encik Zuhairi bin Dziaruddin dari Audit Al - Jeffri.

Penceramah menerangkan tentang pemakaian Malaysia Public Sector Accounting Standard (MPSAS), meningkatkan pemahaman mengenai MPSAS selaras dengan arahan Jabatan Audit Negara dan mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang lebih terperinci mengenai MPSAS 17 – Aset Infrastruktur.

Diharap dengan adanya kursus ini, kakitangan mendapat input dan mempelajari MPSAS 17 - Aset Infrastruktur yang merupakan pemakaian kali pertama di MPKj.

mpsas