MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah mengadakan Kursus Pengurusan Stress Melalui Kaedah Reflexologi pada 5 hingga 6 Februari 2018.  Ceramah diadakan di Hotel Puri Pujangga University Kebangsaan Malaysia dan dihadiri seramai 40 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan. Kursus ini disampaikan oleh Dr Che Ahmad Ezanee Bin Che Mansor.

Setiap insan pasti ada masalah dan tekanan yang dihadapi setiap hari. Salah satu cara untuk meredakan tekanan adalah melalui cara urutan terapi reflexologi. Terapi reflexologi mampu memberi ketenangan dan kesihatan kepada pengamalnya.

Diharap dengan adanya kursus ini, ilmu yang diturunkan dapat diamalkan agar dapat meredakan tekanan dan meningkatkan lagi tahap kesihatan para peserta. Semoga para peserta dapat meningkatkan lagi prestasi dan produktiviti di dalam kehidupan dan pekerjaan.

stress

Kemaskini Terakhir: Rabu, 14 November 2018 - 5:20pm