MENU

Unit Latihan, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj. telah menganjurkan Kursus Tonggak 12 : Kewajipan Menjalankan Tugas pada 23hb. Oktober, 2015.  Kursus diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan dihadiri seramai 91 orang kakitangan daripada pelbagai kumpulan dan jabatan. Kursus disampaikan oleh Puan Suzlyana bt Mahayuddin dari Ilham Insan Resources.

Kewajipan Menjalankan Tugas merupakan tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang yang hidup bermasyarakat. Tugas tiap seorang itu akan terkumpul menjadi hasil yang besar kepada sesuatu masyarakat yang akan menentukan untung rugi produktiviti mereka. Antara amalan positif yang boleh diambil oleh peserta kursus ialah sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas, tekun dan sabar menjalankan tugas, sentiasa belajar dari kesilapan dan lain - lain. Manakala amalan negatif yang dilarang seperti mudah menyeleweng daripada tanggungjawab, tidak boleh diharap, tidak peka pada kualiti dan sebagainya.  

Diharap dengan adanya kursus ini dapat memberi input kepada peserta bahawa kewajipan menjalankan tugas akan membentuk sikap yang positif dan membantu meningkatkan peribadi ke tahap yang lebih tinggi.

pic