MENU

Lawatan Kanak-Kanak Taska Ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur Majlis Perbandaran Kajang 2018 telah diadakan pada 2hb. Julai 2018 (Isnin). Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Program ini bertujuan untuk merangsang minat anak-anak  kecil dalam bidang sains serta memahami konsep  sains sambil belajar, bermain dan berfikir. Ia dijalankan dengan konsep lakukan, perhatikan, menerangkan konsep dan belajar terma-terma sains.

Aktiviti yang ada disediakan ialah Galeri Wonderspark, Galeri Eureka (Akua, Cahaya dan Angin), Kids’ Discovery Place (Berinteraktif, Hands-on), Peneroka comel (Kemahiran Pergerakan Motor Dan Minda), Kid’s World (Zon Interaktif Istimewanya Saya, Kreativiti, Bunyi & Muzik serta Mesin), Laluan ke Alam Sains (Fahami Prinsip Asas Sains), I-Rays (Selami Dunia Sinaran) dan Galeri Penerbangan (Sejarah Dan Prinsip Asas Penerbangan).

Sebanyak 27 orang yang hadir termasuk kanak-kanak taska, wakil ibu bapa taska, guru taska dan urusetia  bagi program ini.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi pengalaman dan pembelajaran kepada kanak-kanak.

taska