MENU

Tarikh : 6hb Mac 2024 (Rabu)
Masa : 8.45malam
Tempat : Jejantas Pejalan Kaki Jalan Reko,Kajang

Perasmian pembukaan jejantas pejalan kaki Jalan Reko,Kajang telah dirasmikan oleh YBrs.Tuan Nazli bin Md Taib,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Turut hadir untuk menyempurnakan majlis ini YB Tuan Shahredzan bin Johan, Ahli Parlimen Bangi, YB Tuan David Cheong Kian Yong,Adun Kajang,YBhg.Dato' Amiruddin bin Ma'aris, Pengarah Projek Laluan Putrajaya MRT,Ahli-ahli Majlis,MPKj,Pengarah - pengarah jabatan/unit dan pegawai-pegawai dari MRT.

Pihak MPKj sentiasa komited dalam menangani isu kepadatan trafik dikawasan pentadbiran MPKj bagi memastikan kesejahteraan penduduk yang tinggal dan bekerja di sekitar Lembah Klang menerusi manfaat perjalanan lebih singkat serta pengurangan kadar pelepasan karbon.

#MPKjbandarberdayahunimenjanaekonominegara
#mpkjkearahbandarraya
#kitaselangormajubersama
#malaysiamadani

jejantas