MENU

Pada 12 Disember 2014 (Jumaat), satu majlis telah diadakan sempena Program Turun Padang Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin bin Ali ke Daerah Hulu Langat. Majlis bermula dengan Perhimpuan Pagi Bersama Penjawat Awam di Dewan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi pada jam 8.00 pagi. Acara ini telah dihadiri oleh barisan Pentadbiran Negeri Selangor, ketua-ketua jabatan kerajaan dalam daerah Hulu Langat, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen Hulu Langat serta Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kajang.

Selesai acara Perhimpuan pagi dan jamuan minum pagi, Y.A.B Dato’ Menteri Besar telah dibawa bagi lawatan tapak beberapa lokasi yang perlu diberikan perhatian seperti tapak pembuangan sampah haram di Seksyen 5, Lokasi Banjir di Pekan Kajang serta yang terakhir di penempatan penduduk di Batu 10, Cheras.

Y.A.B Dato’ Menteri Besar bergerak untuk menunaikan solat jumaat di Masjid Batu 14, Hulu Langat dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari di perkarangan Masjid Batu 14, Hulu Langat pada jam 2.00 petang.

pic