MENU

Mini Karnival DIY Wanita Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2021 telah diadakan pada 10hb. April 2020 (Sabtu) bertempat di Dewan Seri Cempaka. Program ini dianjurkan Bahagian Pembangunan Masyarakat, Ahli Majlis MPKj Zon 10, Pertubuhan Pimpinan Ekonomi Hawa Selangor (NGO Wanita)  dengan kerjasama Hijrah Hulu Langat.

Mini Karnival DIY Wanita Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2021 ini bertujuan untuk menarik minat mereka berfikiran secara kreatif di samping meningkatkan kemahiran dan pengetahuan wanita-wanita ini untuk menceburi bidang keusahawanan, membantu mengasah bakat, kemahiran dan potensi dalam bidang perniagaan. Seterusnya meningkatkan kemahiran keusahawanan kumpulan sasar supaya mendapat pekerjaan/ mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan taraf kualiti hidup.

Mini Karnival DIY Wanita Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2021 ini dirasmikan oleh Encik Kamaruzaman Bin Salimin, Pengarah Jabatan Korporat Dan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kajang dengan diiringi oleh Ahli Majlis MPKj Zon 10 Puan Siti Razimi Binti A. Razak Dan Pengurus Cawangan Hijrah Hulu Langat, Encik Muhammad Nor Azim Bin Harif.

Kehadiran iaitu tenaga pengajar, peserta, orang awam dan urusetia  bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah Taklimat Program Yayasan Hijrah Selangor, Program DIY gubahan bunga orkid, Jelly 3D serta jualan booth.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kemahiran kepada wanita-wanita mengembangkan bakat masing-masing serta menjana pendapatan keluarga mereka.