MENU

KAJANG, 18 April 2023 – Telah berlangsung Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya & Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2023 Peringkat Kebangsaan Tahun 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya dengan kerjasama beberapa agensi lain yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Haji Hasbi Habibollah di Gerai Juadah Ramadhan, Taman Prima Saujana Kajang.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah edaran goodies, risalah kempen keselamatan jalan raya, edaran bubur lambuk kepada peniaga bazar ramadhan serta pengagihan helmet kepada beberapa penunggang motosikal.

Turut hadir semasa program, YBhg Tuan Najmuddin Bin Jemain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Tuan Mohd Fareez Bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Encik Balamurali A/L Govindaraju, Ahli Majlis, Pengarah - Pengarah Jabatan serta pegawai – pegawai MPKj.

Pesanan kepada semua, amalkanlah tiga tip mudah iaitu kawal kelajuan ketika memandu, bersabar di atas jalan raya serta pastikan diri sentiasa cergas ketika memandu terutamanya membabitkan perjalanan jauh kerana boleh mengantuk dan membawa kepada pelbagai musibah. Pastikan periksa kenderaan anda, rancang masa perjalanan serta patuhi papan tanda dan arahan jalan raya.

kempen 2