MENU

Sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca di kalangan para pelajar dan komuniti setempat.  Sejajar dengan visi tersebut satu program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ telah diadakan pada  25 April 2016 (Isnin) di SK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Semenyih.

Seramai 120 pelajar tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai program murni ini yang dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Semenyih dan Majlis Perbandaran Kajang. Para pelajar SK Bandar Tasik Kesuma berhimpun beramai-ramai sebagai tanda komitmen dengan membaca buku cerita yang disediakan oleh Pusat Sumber SK Bandar Tasik Kesuma manakala Guru Besar dan guru-guru SK Bandar Tasik Kesuma membaca Buletin MPKj.

Pembacaan bahan bacaan dan ilmiah serentak dilaksanakan seluruh rakyat Malaysia bermula jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi, 10 minit sahaja berjaya membudayakan amalan membaca di pelbagai peringkat usia dan golongan bangsa. Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bersama Majlis Perbandaran Kajang turut menyediakan Kuiz Menguji Kepintaran Pelajar-pelajar SK Bandar Tasik Kesuma dan memberi sumbangan hadiah dan cenderahati MPKj.

Adalah diharapkan program dan amalan murni ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ dapat diteruskan dan menjadi penanda aras masyarakat proaktif dan berilmu.

pic