MENU

Majlis Perbandaran Kajang telah menganjurkan program “  Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit “ dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor  yang diadakan pada 25 April 2017 (Selasa) bertempat di Lobi Menara MPKj. Program ini dilaksanakan secara serentak seluruh Malaysia. Ia juga sebagai sokongan daripada Perpustakaan Awam Negeri  Selangor bersama-sama Kerajaan meningkat tabiat atau budaya membaca di kalangan masyarakat dan penjawat awam. Program ini merupakan langkah awal membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh singkat hanya 10 minit sahaja. Selain itu juga, Kerajaan dapat melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran tinggi. Seterusnya menggalakkan kepada semua Pegawai dan Kakitangan MPKj membudayakan suka membaca tidak kira apa jua bahan ilmiah supaya semua Penjawat Awam berilmu, beretika, kehidupan berkualiti.

Antara pengisian sepanjang program berlangsung adalah pendaftaran peserta Jom Baca dengan cenderahati istimewa Novel Percuma daripada PPAS dan penerimaan sijil program. Pihak PPAS Kajang juga turut membuka pendaftaran keahlian percuma. Turut memeriahkan majlis pihak MPKj menjemput  Kedai Buku Mak Ali untuk membuat pameran dan jualan buku-buku ilmiah. Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Masyarakat menyampaikan ucapan aluan. Seterusnya program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit berlangsung tepat jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi sebagai tanda sokongan kempen budaya membaca. Penyertaan program disertai oleh Ahli Majlis MPKj, Pengarah Jabatan dan kakitangan MPKj seramai 300 orang termasuk anak-anak Taska MPKj yang berusia 4 tahun.

Program berakhir dengan ucapan Kempen Budaya Membaca Buku daripada Ahli Majlis MPKj Zon MPP 15, Puan Norzanalila Bt Mohd Fadzil dengan bertemakan “Aisyah The Bookworm”iaitu isteri Rasulullah SAW yang suka membaca  sebagai Ikon Kempen Membaca. Puan Norzanalila juga turut menyampaikan cenderahati istimewa sebagai tanda sokongan kempen membaca ini kepada semua kakitangan MPKj yang menyertai. Adalah diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan kesedaran dan minat membaca. Jangan lupa #JomBacaBersamaUntuk10Minit dan #LetsReadTogether2017.

jom_baca