MENU

Program DIY Gelang Manik (Do It Yourself) Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 11/2017 telah diadakan pada 8hb.November 2017 (Rabu) di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk melatih kanak-kanak taska melakukan aktiviti mengikut kreativiti masing-masing. Di samping itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka, aktiviti ini juga dapat membantu pembesaran fizikal dan minda serta melibatkan anggota badan individu dan menekankan kepada aspek motor halus dan motor kasar. 

Aktiviti ini menggunakan manik-manik kecil dan tali bagi mengikat dan menjadi gelang. Pihak yang terlibat sama ialah kanak-kanak taska, guru-guru dan urusetia yang terlibat.

Secara keseluruhannya, diharap dengan adanya aktiviti ini dapat melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam usia yang muda dan sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

gelang