MENU

Program DIY Wanita (Decoupage Atas Balang Plastik) Bil 1/2020 telah diadakan pada 21hb. Februari 2020 (Jumaat) bertempat di Perpustakaan Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan Bahagian Pembangunan Masyarakat dengan kerjasama Kelab Bauhunia Majlis Perbandaran Kajang.

Program DIY Wanita (Decoupage Atas Balang Plastik) Bil 1/2020 ini bertujuan untuk menarik minat mereka berfikiran secara kreatif di samping mempelajari kemahiran serta dapat menjana pendapatan seharian.

Sebanyak 20 orang yang hadir iaitu tenaga pengajar, kakitangan MPKj serta urusetia  bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah seni tampalan tisu di atas balang plastik (decoupage).

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kemahiran kepada wanita-wanita mengembangkan bakat masing-masing.

diy