MENU

 

4 Mac 2021, jam 9.00 pagi, Ahli Majlis Zon 2, Tuan Farhan Haziq Bin Mohamed bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan (JPPK) serta KDEB Waste Management telah berganding bahu mengadakan operasi pembersihan bersepadu untuk membersihkan kawasan longkang yang telah tersumbat terutamanya di lorong belakang kawasan Pusat Komersil di Jalan Alam Jaya. Program ini diadakan susulan daripada lawatan tapak yang telah diadakan pada 19 Februari 2021 yang lalu.

JPPK dan KDEB Waste Management telah menggunakan dua (2) High Pressure Water Jetter bagi membersihkan kotoran yang tersumbat di dalam longkang tersebut. Pihak KDEB Waste Management juga telah diarahkan agar kerja-kerja pembersihan awam dilakukan mengikut jadual.

Objektif program gotong-royong ini diadakan adalah bagi memastikan kawasan Alam Jaya menjadi bersih, ceria dan teratur. Program ini juga diadakan bagi memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan bertujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran di kalangan pemilik premis dan pengunjung Alam Jaya.