MENU

Program Hijau Bumi Kita telah diadakan secara bersama antara PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) UKM, Bangiku, MPP Zon 23 dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada 21hb. Mei, 2016 yang mensasarkan masyarakat Bangi terutamanya golongan belia dan penyertaan pihak NGO. Lokasi program adalah di lot parkir Medan Usahawan Seksyen 1 Bandar Baru Bangi.

Objektif program adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar tentang kepentingan menjaga dan menanam pokok kepada alam sekitar, memberi peluang dan ruang kerjasama program khususnya aktiviti berkaitan menyanyangi alam sekitar kepada penduduk Bangi dengan kerjasama AYG Bangi dan MPKj, memberi ruang secara langsung kepada belia sekitar kawasan Bangi untuk beraktivi dan bersosial bersama dalam perkara yang memberi manafaat kepada masyarakat dan mengeratkan silaturahim antara pelajar UKM dengan komuniti dan agensi.

Beberapa aktiviti yang berkaitan telah diadakan iaitu gotong-royong membersihkan sekitar kawasan parkir dataran usahawan di mana para peserta telah bersama-sama membersihkan lorong-lorong kedai dan longgokan sampah yang telah lama ditinggalkan. Pihak MPKj pula membantu mencantas pokok-pokok yang merimbun.

Sebelum itu, Ahli Majlis Zon 23 En. Husni Bin Abdul Manan telah merasmikan program ini. Sejurus kemudian sebagai acara gimik, 4 batang pokok Bucida sumbangan MPKj telah  ditanam di kawasan parkir tersebut. Kerjasama begini mewujudkan ukhuwah sesama mereka di dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya menjaga dan memelihara alam sekitar. Di akhir program para peserta telah diberi penerangan dan tunjuk ajar bagaimana menghasilkan baja kompos yang telah disampaikan oleh wakil NGO.

pic