MENU

Program Imbangi Keluarga Dan Kerjaya Majlis Perbandaran Kajang telah diadakan pada 30hb. April 2018 (Isnin) bertempat di Perpustakaan Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan oleh Unit Perpustakaan Dan Taska MPKj bersama Unit Latihan.

Tujuan program ini untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai kepentingan dalam mengimbangi peranan serta tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya dan memberi kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (Family Life Cycle).

Aktiviti yang turut diadakan ialah satu badan banyak topi, keibuan dan kebapaan, keibubapaan kreatif dan pengurusan stress.

Pihak yang terlibat sama ialah kakitangan dan urusetia yang terlibat serta penceramah dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Secara keseluruhannya, semoga program ini dapat memupuk kemahiran dan bimbingan keibubapaan kepada pekerja supaya mereka dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mengutamakan keluarga seiring dengan pembangunan kerjaya.

keluarga