MENU

Unit Integriti, MPKj telah menganjurkan Program Integriti bertajuk “Duka @ Bahagia” pada 25 Februari 2022 secara dalam talian melalui aplikasi “Google Meet” yang disampaikan oleh Encik Johaari Bin Ismail, Penolong Kanan Penguasa, Unit Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor dan dihadiri oleh warga kerja MPKj.

Program ini adalah sebagai salah satu agenda pengukuhan integriti di MPKj. Objektif program adalah untuk menyebarluaskan mesej antirasuah serta memperkasakan integriti dikalangan warga kerja MPKj. Peserta juga dinasihatkan agar bertindak tegas terhadap amalan rasuah dan sentiasa memikirkan masa hadapan diri serta keluarga sama ada duka atau bahagia jika terlibat dengan amalan rasuah. Ianya juga bertujuan untuk mendidik warga kerja mengenai rasuah dan kesan buruknya terhadap organisasi serta memberi kesedaran untuk bersama-sama berganding bahu dengan SPRM dalam melakukan perubahan memerangi jenayah rasuah. Diharap dengan adanya program ini, warga kerja MPKj sentiasa menjaga integriti sebagai penjawat awam terutama dalam membanteras amalan rasuah di dalam institusi kerajaan khususnya Pihak Berkuasa Tempatan.