MENU

 

Tarikh    : 22 Ogos 2022 ( Isnin ) 24 Muharram 1444 H
Masa     : 10 pagi - 1.00     tengah hari
Tempat : Menara MPKj

Program Konvoi Motosikal Kembara Merdeka Peringkat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 2022 telah diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotik bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Majlis Pelepasan Konvoi telah disempurnakan oleh YBhg.Tuan Haji Najmuddin bin Jemain,Yang Dipertua (YDP) MPKj bagi  mengedarkan Bendera Jalur Gemilang kepada beberapa agensi yang berada di dalam kawasan pentadbiran MPKj antaranya:-

  1. Ibu Pejabat Polis (IPD)  Daerah Kajang.
  2. Sek.Keb.Sungai Tekali Hulu Langat.
  3. Pejabat Hutan Sungai Tekala.
  4. Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih.
  5. Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Langat dengan jarak keseluruhan konvoi adalah sejauh 78 kilometer.

Program konvoi bermotosikal ini melibatkan 60 buah motosikal 1 pacuan 4 roda ( 4x4 ), sebuah kereta dan sebuah Ambulans dari Kajang Plaza Medical Centre (KPMC).

Konvoi Bermotosikal ini diketuai oleh Tuan Timbalan Yang Dipertua MPKj diiringi oleh Pengarah-Pengarah Jabatan dan Unit,Pegawai dan kakitangan MPKj seramai 80 orang.