MENU

Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Ahli Majlis dan Intitut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Dusun Tua telah menganjurkan Program LA21 – Program River Care 2017 pada 15hb April 2017 bertempat di Kolam Air Panas Dusun Tua, Hulu Langat. Program ini bertujuan memupuk semangat cintai alam semula jadi dan kepentingan tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar.

Program River Care 2017 telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Jan Bin Sulong, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang. Selepas acara perasmian kesemua peserta program melontar ’Mud Ball’ ke dalam sungai sebagai upacara simbolik perasmian. Seramai 150 peserta telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah:

1.    Penanaman Pokok
2.    Gotong royong sekitar kolam dan sungai
3.    Melontar Mud Ball ke dalam sungai
4.    Pemasangan papan tanda

Antara agensi yang turut serta dalam program River Care 2017 ini adalah Pejabat Penghulu, Syarikat Sri Gunung Sdn Bhd dan masyarakat setempat.

river