MENU

Program Pemeriksaan Gigi Kanak-Kanak Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 1/2020 telah diadakan pada 31hb. Januari 2020 (Jumaat) bertempat di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kajang.

Program pemeriksaan gigi kanak-kanak taska ini bertujuan untuk mengawal penyakit gigi di kalangan kanak-kanak dan menggalakkan penyelia/guru-guru taska menjalankan latihan memberus gigi secara harian di taska.

Sebanyak 37 orang yang hadir termasuk jururawat, kanak-kanak taska (berumur 1 hingga 4 tahun), pengasuh taska dan urusetia bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah pemeriksaan gigi, sapuan florida dan ceramah penjagaan dan kesihatan gigi.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya penjagaan gigi di kalangan kanak-kanak di peringkat awal usia.

taska