MENU

Program Pemeriksaan Gigi Kanak-Kanak Taska Majlis Perbandaran Kajang Bil 1/2019 telah diadakan pada 22hb. Februari 2019 (Jumaat) bertempat di Taska Majlis Perbandaran Kajang. Program ini dianjurkan Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kajang.

Program pemeriksaan gigi kanak-kanak taska ini bertujuan untuk mengawal penyakit gigi di kalangan kanak-kanak dan menggalakkan penyelia/guru-guru taska menjalankan latihan memberus gigi secara harian di taska.

Sebanyak 55 orang yang hadir termasuk jururawat, kanak-kanak taska (berumur 1 hingga 4 tahun), pengasuh taska dan urusetia  bagi program ini. Aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah pemeriksaan gigi, latihan cara memberus gigi dan sapuan florida pada gigi.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya penjagaan gigi di kalangan kanak-kanak di peringkat awal usia.

taska