MENU

Tarikh : 11hb Julai 2020 (Sabtu)
Masa   : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Seri Cempaka, MPKj

COVID-19 merupakan singkatan bagi Corona Virus 2019 yang mula merebak dan memberi kesan kepada penduduk Malaysia sekitar bulan Mac 2020. Berikutan dari pandemik COVID-19 yang menular dengan pantas, kerajaan Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 dan sehingga kini rakyat Malaysia sedang berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan tamat pada 31 Ogos 2020.

Di atas rasa tanggungjawab dan komitmen pihak MPKj telah merangka program pendidikan kesedaran Covid-19 bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan masyarakat untuk menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan penyakit yang berbahaya sambil mengamalkan cara kehidupan norma baru.

Dengan kerjasama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, program ini menyasarkan penglibatan dari wakil-wakil persatuan penduduk dan juga wakil-wakil JMB/MC di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang dan diharapkan apa yang disampaikan semasa program ini dapat diamalkan seterusnya disampaikan juga kepada penduduk-penduduk yang lain.

prog kesedaran