MENU

Program Play Theraphy Kanak-Kanak Taska Majlis Perbandaran Kajang 2019 Ke Klinik Terapi Fizikal, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur telah diadakan pada 20hb November 2019 (Rabu). Program ini dianjurkan Majlis Perbandaran Kajang.

Program Fisioterapi ini adalah bertujuan untuk merangsang perkembangan motor halus dan kasar, sensori (sentuhan), kreativiti serta menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat di kalangan kanak-kanak.

Sebanyak 50 orang yang hadir termasuk kanak-kanak taska 4 tahun, guru, ahli fisioterapi, pensyarah dan urusetia  bagi program ini.

Aktiviti yang dijalankan merangkumi aktiviti bermain berstruktur untuk kanak-kanak prasekolah yang mempunyai objektif pembelajaran yang spesifik.

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi pembelajaran di luar taska  dalam persekitaran sebenar tempat berkenaan.

taska