MENU

Dataran Kemerdekaan Shah Alam, 20 Ogos 2022 ( Sabtu ) - Warga Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj ) teruja menyertai Program Santai Bersama YBhg. Tan Sri Dato' Sri Mohd Zuki Bin Ali, Ketua Setiausaha Negara. Yang Dipetua MPKj , YBrs. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain berkesempatan berbasikal di acara Fun Ride bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Haji Haris bin Kasim bersama-sama Datuk Bandar dan Yang Dipertua semua PBT Selangor mengiringi ketibaan YBhg. Tan Sri KSN di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Suasana meriah dengan pelbagai aktiviti sukan khusus untuk semua penjawat awam Selangor seperti sukaneka, senamrobik santai, fun ride, pertandingan congkak, bermain dam haji, sepak raga bulatan dan yang paling menarik sekali acara belon panas udara.

Adalah diharapkan program riadah bersama penjawat awam negeri Selangor pada tahun 2022 ini akan diteruskan pada masa hadapan bagi mengeratkan jalinan mesra di kalangan penjawat awam.