MENU

Program Santai Seni MPKj Zumba 150 minit Sempena Tahun Baru 2017 telah berjaya menarik seramai 500 masyarakat berkunjung ke Dataran Cergas Kajang (Stadium Kajang). Penganjuran Zumba (SenamTari) selama 150 Minit buat julung kali diadakan adalah bertemakan Gegar Countdown 2017 dengan semangat tujuan meningkatkan tahap kesihatan dan prestasi diri serta memantapkan mental, jasmani dan rohani. Selain itu juga, beriadah dengan suasana harmoni dapat mengeratkan hubungan ahli-ahli baru Zumba.  

Program ini  adalah anjuran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kajang Wellness Club (KWC) dan Erni Eurodance Club dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).  Gabungan 11 jurulatih dan Zin Zumba secara sukarela demi manfaat ahli kelab dan pengunjung berjaya melaksanakan senam tari – Zumba selama 150 minit tanpa henti sehingga detik 12.00 malam. Turut hadir tetamu jemputan Puan Elia Aliza Bt Md Arith Penyelia Pusat Wanita Berdaya (PWB) Kajang.

Sambutan meriah masyarakat yang berkunjung di Dataran Cergas Kajang (Stadium Kajang) tidak melepaskan peluang menyertai Senam Tari –Zumba. Pihak MPKj selaku Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa memberi sokongan kepada pihak NGO atau individu yang berminat untuk mempamerkan bakat seni seperti ‘busking’, karikatur, lukisan potret, senam tari, tarian, seni mempertahankan diri, seni jahitan dan pelbagai lagi. Aktiviti seni ini dibenarkan pada hujung minggu Sabtu dan Ahad , sebelah petang hingga malam di Dataran Cergas Kajang (Stadium Kajang). Harapan pihak MPKj, program kecergasan dan kesihatan dapat diteruskan dengan adanya platform Santai Seni.

zumba