MENU

Unit Integriti, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah mengadakan Program Sempena Sambutan Hari Integriti Majlis Perbandaran Kajang yang bertajuk “Pembudayaan Etika dan Integriti Dalam Mendepani Norma Baharu Covid 19 : Isu dan Cabaran” pada 5 November 2021 secara dalam talian melalui aplikasi “Google Meet” dan “Youtube Live” yang disampaikan oleh Encik Fazly Noordin, Penolong Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) dan dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di MPKj.

Program ini adalah sebagai salah satu agenda pengukuhan integriti di MPKj bagi menjadikan MPKj salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dikenali melalui tahap ketelusan yang tinggi dan bukannya kerana rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Sempena Hari Integriti Nasional pada 5 November 2021, dengan tema “Integriti Pemangkin Keluarga Malaysia”, penceramah sering menekankan agar semua warga MPKj sentiasa membudayakan integriti serta memupuk nilai-nilai murni dalam tugasan seharian sebagai penjawat awam. Penceramah juga memetik kata-kata daripada tokoh barat sebagai contoh, integriti ialah melakukan sesuatu yang betul walaupun tiada sesiapa yang memerhati. Adalah diharapkan agar semua warga kerja MPKj dapat memahami, menghayati dan menghindari diri daripada amalan yang tidak berintegriti serta kelakuan yang bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam.