MENU

Sukan Mesra Majlis Perwakilan Penduduk Majlis Perbandaran Kajang (SUKMES MPP) 2017 siri ke 3 telah diadakan pada 6 Ogos 2017 di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dengan penyertaan dari ZON 7, 8, 9, 20, 21, 22, 23 dan 24. Jumlah keseluruhan peserta dianggarkan seramai 320 orang.

Program yang sama juga telah dilaksanakan di Padang Awam Cheras pada 23 April 2017 untuk siri yang pertama melibatkan penyertaan ZON MPP 1, 2, 3, 4, 5, 6,10, 11, 12 dan 13. Manakala siri ke 2 telah diadakan di Padang Awam Semenyih yang melibatkan penyertaan dari ZON MPP 14, 15, 16, 17, 18, dan 19.

Program SUKMES MPP ini melibatkan 3 kategori sukaneka yang dipertandingkan iaitu kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa. Program yang bermula seawal 8.30 pagi berakhir pukul 2 petang dengan acara penyampaian hadiah yang disampaikan oleh ahli-ahli majlis yang hadir.

sukmes