MENU

Sukan Mesra Majlis Perwakilan Penduduk Majlis Perbandaran Kajang (SUKMES MPP) 2022 siri ke 3 telah diadakan pada 6 Ogos 2022 (Sabtu) bertempat di Padang Awam Semenyih dengan penyertaan dari ZON 12, 19, 20, 21, 22, 23 dan 24. Jumlah keseluruhan peserta dianggarkan seramai 450 orang. Penganjuran program ini adalah Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.

Program yang sama juga telah dilaksanakan di Padang Awam Cheras Perdana pada 2 Julai 2022 (Sabtu) untuk siri yang pertama melibatkan penyertaan ZON MPP 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 10. Manakala siri ke 2 telah diadakan di Stadium Kajang pada 23 Julai 2022 (Sabtu) yang melibatkan penyertaan dari ZON MPP 8, 9, 11, 13, 14, 15 dan 17.

Program SUKMES MPP ini melibatkan 3 kategori sukaneka yang dipertandingkan iaitu kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa. Program yang bermula seawal 7.30 pagi berakhir pukul 2 petang dengan acara penyampaian hadiah yang disampaikan oleh ahli-ahli majlis yang hadir.