MENU

Majlis Perbandaran Kajang bersama Pusat Pakaian Hari-Hari di Cawangan Taman Kajang Mewah  berbesar hati menaja pakaian hari raya seramai 40 orang anak-anak yatim daripada Persatuan Pertubuhan Islam Buah Hatiku, BTHO Cheras Kajang dan Rumah Anak Yatim Umi di Sg Jelok Kajang.  Sumbangan Kasih ini merupakan program sumbangan penajaan sepasang baju kurung dan baju melayu yang diadakan setiap tahun daripada  Pusat Pakaian Hari-Hari.

Pada 1 Julai 2016  (Jumaat) , Pengurus Besar Korporat & Perhubungan Awam Pusat Pakaian  Hari-Hari Encik Amilludin Haji Latip bersama dengan Cik Fadilah Binti Razali , Pengerusi Kelab Bauhinia MPKj dan Puan Khaironi Binti Idris Biro Kebajikan Kelab Bauhinia dan Puan Norehan Binti Muhamad Zahidi Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKj menemani anak-anak yatim untuk baju melayu dan kurung pilihan untuk dipakai di pagi Syawal tahun ini.

Sumbangan Kasih ini  dapat memberi keceriaan dan keriangan anak-anak yang kurang bernasib baik ini untuk berhari raya di Bulan Syawal mulia ini. Pada program tersebut Pengerusi Kelab Bauhinia MPKj turut memberi sumbangan wang tunai kepada  anak-anak yatim untuk menambah keperluan baju raya di pasaraya Pusat Pakaian Hari-Hari Taman Kajang Mewah. Semoga amalan berkongsi rezeki menjadi satu kebajikan  dan menyampaikan hasrat murni PBT dan pihak syarikat korporat untuk meneruskan program sebegini  pada masa hadapan.

sumbangan