MENU

Unit Latihan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah menganjurkan Ceramah Sempena Hari Sumber Manusia Dan Inovasi Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2015 – Taklimat Pencegahan Kebakaran Bangunan Dan Demostrasi Pemadaman Api pada 16hb. Oktober, 2015. Taklimat diadakan di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj  dan di kawasan tempat letak kereta MPKj. Taklimat dihadiri seramai 96 orang kakitangan dari pelbagai kumpulan dan jabatan. Taklimat disampaikan oleh Encik Norzaidi bin Din dan Encik Md Noor Izzuan bin Zahari dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kajang.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan tentang kepentingan pengurusan keselamatan di pejabat seperti cara – cara menyelamatkan nyawa, menyekat api dari merebak dan mengurangkan kemusnahan. Antara yang diterangkan oleh penceramah ialah punca - punca haba, jenis bahan – bahan api, punca kebakaran, klasifikasi api, strategi pencegahan dan lain – lain. Taklimat diakhiri dengan demostrasi cara – cara pemadaman api.

Diharap dengan adanya taklimat ini, kakitangan mendapat input dan mengaplikasikannya sekira berlaku kebakaran.

pic