MENU

Pada 6hb. Oktober 2015,  Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKj telah menganjurkan Taklimat Transformasi Dalam Kehidupan Pekerjaan. Taklimat telah berlangsung di Mini Teater Cempaka Telur, MPKj dan disampaikan oleh Encik Mohd Fadzli bin Che Zakaria dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Seramai 72 orang kakitangan dari pelbagai peringkat dan jabatan telah menghadiri taklimat ini.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan tentang peranan dan fungsi AADK di dalam hal – hal yang berkaitan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Beliau juga menerangkan jenis – jenis makanan dan minuman yang mengandungi dadah dan mendatangkan bahaya serta kerosakan kepada diri dan masyarakat.

Di akhir taklimat, beberapa orang kakitangan MPKj telah dipilih untuk menjalani ujian air kencing di bawah penyeliaan pihak AADK sendiri.

pic